25.8.10

terbang

aku sudah lama di awan.
tidak mahu turun.
walau diajak berkali-kali.
walau disuruh berkali-kali.
walau dimaki berkali-kali.
aku tetap tidak mahu turun memijak.
memijak pada yang nyata.







aku terbang untuk lari sebenarnya.
lari dari sesuatu yang aku sendiri tidak tahu.





23.8.10

tunggu

aku rasa seperti mahu duduk saja.
tunggu ia datang.


bukan putus harap,
bukan putus usaha,
bukan putus tenaga,
tapi,
hanya mahu duduk dan menunggu saja.

buat masa ini.

tapi sampai bila?

aku tidak akan berlama-lama sayang.....