tatkala aku beremosi

16.6.11

di bawah

hidup ni, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah.
begitu juga dengan hati perasaan. kadang-kadang hati kita bisa aman, kadang-kadang hati kita bisa gundah.

bila aku menulis di sini, bermakna hati aku sedang gundah.
hati aku berada di bawah.

sedih, mudah menyendiri, denial, tidak katahuan, tidak dapat mentafsir perasaan sendiri, tiada semangat dan bermacam-macam lagi lah perasaan yang menyelebungi perasaan aku.
semua itu datang bertandang lagi.

tapi kali ini,
aku dapat mengesan lebih awal bila perasaan itu datang dan aku jadi lebih bersedia.
aku berusaha untuk aku tidak terlalu overwhelm dengan semua perasaan celaka tu.

dan aku tahu kepada siapa aku perlu minta pertolongan selalu.
hanya kepada-Nya.

plead for help

aku berusaha untuk tidak menyalahkan orang lain.
dan aku juga tidak mahu menyalahkan diri aku sendiri.

tapi aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan untuk buang perasaan yang berlebih-lebih itu.

maka,
aku hanya merayu pada-Nya.
untuk aku tidak berlebih-lebih dalam berperasaan.
dan untuk membantu aku dalam segala-galanya.

13.6.11

PATHETIC

word of the day

17.9.10

kaku pegun

usah membazir perasaan halus ini kepada orang yang tidak punya perasaan itu.
buang segala kerja sia-sia ini.
buang segala perasaan ini.
buang segala walaupun kau tetap sayangkan dia. dalam diam. tiada bersuara.








sudah acap kali aku ingatkan diri tentang hal ini.
tapi mana mungkin aku membuangnya terus.
aku sedang belajar untuk gembira.
menjadi gembira bagi aku bererti tidak punya perasaan.
bertahun-tahun aku bergini, akhirnya aku membuat kesimpulan.
buang sayang yang melebih-lebih itu, buang benci itu, buang amarah itu, buang cemburu itu, buang risau itu, buang simpati itu, barulah aku gembira.
kaku tiada perasaan, aku akan gembira?
semua itu buat aku berfikiran sebegitu rupa.
jangan salahkan aku wahai dunia.
bila aku tiada perasaan lagi. bila tidak hiraukan orang lagi.


25.8.10

terbang

aku sudah lama di awan.
tidak mahu turun.
walau diajak berkali-kali.
walau disuruh berkali-kali.
walau dimaki berkali-kali.
aku tetap tidak mahu turun memijak.
memijak pada yang nyata.







aku terbang untuk lari sebenarnya.
lari dari sesuatu yang aku sendiri tidak tahu.





23.8.10

tunggu

aku rasa seperti mahu duduk saja.
tunggu ia datang.


bukan putus harap,
bukan putus usaha,
bukan putus tenaga,
tapi,
hanya mahu duduk dan menunggu saja.

buat masa ini.

tapi sampai bila?

aku tidak akan berlama-lama sayang.....





10.6.10

berlari kemana saja

aku mahu terus berlari.
meninggalkan semua yang dulu dan sekarang.
menuju kemana saja.
di tempat yang tiada siapa yang kenal.
walaupun ke hujung dunia.
untuk aku temui penawar hati aku ni.
yang kini makin berkeping-keping ia gugur.
lerai ke bumi.