25.3.10

suatu hari nanti

hey! jangan marah jika suatu hari nanti aku juga
tidak akan peduli. tidak akan langsung
menghargainya. aku juga tahu mengungkit!
aku juga ada hati dan perasaan.





24.3.10

hanya kerana itu

terlalu mudah bukan?
untuk lupakan segala yang baik tentangnya

terlalu mudah bukan?
untuk mengutuk satu kejahatannya selamanya

hanya kerana tercalarnya hati
hanya kerana amarah
hanya kerana kecewa
hanya kerana satu perkara
hanya kerana satu perbuatan

apa hak kita untuk mengadili?
dan apa pula hak kita untuk menghukum?
menghukum dengan menjaja keburukannya pada dunia yang penuh hasat

damailah jiwa mu
dengan menghulurkan kata maaf
padanya dan mungkin juga pada insan yang dipujanya





itu yang pasti

yang pasti
aku mahu terus mara
itu saja

mungkin langkah aku lambat-lambat
mungkin aku leka dengan sekeliling
mungkin aku sering kali berhenti untuk mengambil nafas
atau mungkin berhenti untuk menoleh kebelakang

tapi
apa yang penting
aku mahu terus melangkah
ke hadapan
bukan kebelakang






22.3.10

perlukah aku berteriak ditelinga kamu?

aku mahu ulangi sekali lagi

kegembiraan aku, adalah mengikut tafsiran aku sendiri
dari kaca mata aku sendiri

bukan dari tafsiran atau kaca mata kamu,
kamu dan kamu

dari kamu, yang selalu memandang penuh jelek pada setiap benda di muka bumi ini






21.3.10

nama-nama itu

atas nama kaseh sayang
aku diamkan

atas nama menghormati
aku tulikan

atas nama kesetiaan
aku tutupkan

maka aku terus terusan
menjadi manusia bisu pekak dan buta
semuanya atas nama-nama itu











20.3.10

emosi

aku tutup dia
aku diamkan dia
aku lindung dia
aku kepung dia
aku penjarakan dia
aku gelapkan dia

kerna
aku pikir,
aku dan mereka akan binasa kerana dia