24.3.10

hanya kerana itu

terlalu mudah bukan?
untuk lupakan segala yang baik tentangnya

terlalu mudah bukan?
untuk mengutuk satu kejahatannya selamanya

hanya kerana tercalarnya hati
hanya kerana amarah
hanya kerana kecewa
hanya kerana satu perkara
hanya kerana satu perbuatan

apa hak kita untuk mengadili?
dan apa pula hak kita untuk menghukum?
menghukum dengan menjaja keburukannya pada dunia yang penuh hasat

damailah jiwa mu
dengan menghulurkan kata maaf
padanya dan mungkin juga pada insan yang dipujanya





No comments: