10.6.10

berlari kemana saja

aku mahu terus berlari.
meninggalkan semua yang dulu dan sekarang.
menuju kemana saja.
di tempat yang tiada siapa yang kenal.
walaupun ke hujung dunia.
untuk aku temui penawar hati aku ni.
yang kini makin berkeping-keping ia gugur.
lerai ke bumi.




27.4.10

maseh berharap

aku berharap
aku seorang yang mudah.
dalam segala hal.

aku berharap
aku dapat terima dia dengan mudah.

aku berharap
aku tidak terlalu risau akan masa depan.

aku berharap
aku tidak punya fikiran yang rumit.

aku berharap
aku tidak takut untuk tunjukan emosi aku pada siapa-siapa.

aku maseh berharap itu semua.
suatu hari nanti,
akan aku berjaya lakukan, bukan lagi hanya berharap.

20.4.10

takut?

aku masih tidak tahu.
apa yang aku mahu dari dia.
dan apa yang aku mahu dari diri aku sendiri.

jika aku rasa hati ini telah terlalu dekat,
akan aku cuba jauhkan.
akan aku cuba untuk menarik diri.

aku cepat rimas.
walaupun dengan cinta seseorang.

aku takut?
mungkin.

tapi usah ditanya kenapa aku takut.
atau apa yang aku takutkan.

kerna aku belum ada jawapan untuk persoalan itu.


8.4.10

sky high, still

last nite.
felt so good.
and relaxed.
but still,
i held my guard sky high.
keep telling myself this is not the right time.
and i'm not ready for this and that.







2.4.10

sorry, closed

i close the door, again.
slam them shut.
no one can see, anything.
sorry babe.









25.3.10

suatu hari nanti

hey! jangan marah jika suatu hari nanti aku juga
tidak akan peduli. tidak akan langsung
menghargainya. aku juga tahu mengungkit!
aku juga ada hati dan perasaan.





24.3.10

hanya kerana itu

terlalu mudah bukan?
untuk lupakan segala yang baik tentangnya

terlalu mudah bukan?
untuk mengutuk satu kejahatannya selamanya

hanya kerana tercalarnya hati
hanya kerana amarah
hanya kerana kecewa
hanya kerana satu perkara
hanya kerana satu perbuatan

apa hak kita untuk mengadili?
dan apa pula hak kita untuk menghukum?
menghukum dengan menjaja keburukannya pada dunia yang penuh hasat

damailah jiwa mu
dengan menghulurkan kata maaf
padanya dan mungkin juga pada insan yang dipujanya